fbpx

Malaysia ditawar anjur Sepak Takraw Piala Asia 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJAYAAN menganjurkan saingan Piala Dunia Mei lalu menyebabkan Malaysia ditawar menjadi tuan rumah Piala Asia 2025.

KUALA LUMPUR – Malaysia mendapat peluang memahat sejarah tersendiri apabila ditawarkan menjadi tuan rumah bagi penganjuran sulung Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia yang akan diadakan tahun depan.

Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah dibuat sebulat suara selepas Jawatankuasa Tertinggi Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf) mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Presiden Astaf, Datuk Abdul Halim Kader yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berharap Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd. Sumali Reduan mempertimbangkan tawaran tersebut sebaik-baiknya.

“Faktor utama Malaysia diberi kepercayaan dan ditawarkan hak penganjuran sebagai tuan rumah Piala Asia 2025 adalah berdasarkan kejayaan menganjurkan kejohanan Piala Dunia di Kuala Lumpur Mei lalu dengan begitu cemerlang.

“Selain itu, komitmen tinggi, kesungguhan serta semangat yang dipamerkan Jawatankuasa Pelaksana PSM dalam menggalas tanggungjawab bagi memastikan pertandingan berjalan lancar, menepati waktu serta mematuhi undang-undang,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, komitmen yang diberikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut menjadi faktor utama selepas memperuntukkan geran penajaan sukan sebanyak RM1 juta bagi penganjuran Piala Dunia sebelum ini.

Difahamkan, kejohanan Piala Asia itu nanti bakal menjadi medan ujian serta pemanas badan kepada negara-negara yang akan menyertai temasya Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand bermula 7 hingga 19 Disember tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI