fbpx

Malaysia, China meterai pertukaran 14 MoU kerjasama pelbagai bidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) dan Li (kiri) selepas menyaksikan majlis pertukaran Mou antara Malaysia dan China di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto oleh IHSAN PMO

PUTRAJAYA – Malaysia dan China memeterai pertukaran 14 Memorandum persefahaman (MoU) dan persetujuan bagi menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang melibatkan kedua-dua negara.

Majlis pertukaran Mou melibatkan sembilan kementerian itu dimeterai sempena lawatan Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia.

Acara yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya Li.

Dalam konteks ini, tiga pertukaran MoU melibatkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai pengukuhan kerjasama pelaburan dalam ekonomi digital serta menggalakkan kerjasama pelaburan dalam pembangunan hijau.

Bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula, ia membabitkan perjanjian kerjasama dalam mencegah dan membanteraa jenayah transnasional.

Selain itu, turut terlibat ialah Kementerian Kewangan di mana Mou dimeterai berkaitan kenyataan bersama mengenai Tetingkap Tunggal Kebangsaan untuk Inisiatif Perdagangan Merentas Sempadan.

Bagi Kementerian Komunikasi dan Kumpulan Media China pula, pertukaran Mou mengenai kerjasama dalam bidang media selain Kementerian Pelancongan, Keseniaan, dan Kebudayaan membabitkan Program Eksekutif Pelaksanaan Perjanjian Kerjasama Budaya.

Selain itu, turut terlibat ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Terdahulu, Anwar dan Li mengadakan mesyuarat tertutup dan bilateral bagi membincangkan hal berkaitan hubungan dua hala antara Malaysia dan China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI