fbpx

Lebih 550 jemaah haji meninggal dunia di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah haji berkumpul untuk melakukan tawaf di Masjidil Haram, Mekah semalam. - Getty Images

MEKAH – Sekurang-kurangnya 550 jemaah meninggal dunia ketika menunaikan ibadah haji pada tahun ini, yang dilaksanakan semasa suhu panas terik, lapor akhbar The Guardian semalam. 

Kira-kira 323 daripada jumlah itu adalah rakyat Mesir dengan kebanyakannya meninggal dunia akibat penyakit berkaitan haba, kesan daripada cuaca panas ekstrem, kata dua diplomat Arab Saudi kepada AFP.  

“Semua jemaah (rakyat Mesir) meninggal dunia kerana cuaca panas kecuali seorang jemaah yang mengalami kecederaan parah semasa rempuhan orang ramai,” kata salah seorang diplomat.

Pada masa sama, sekurang-kurangnya 60 warganegara Jordan meninggal dunia. Ia sekali gus meningkat daripada jumlah rasmi iaitu 41 orang yang dinyatakan oleh Amman sebelum ini.

Kematian baharu itu menjadikan jumlah yang dilaporkan setakat ini oleh berbilang negara adalah 577, demikian menurut pengiraan AFP.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan telah merawat lebih 2,000 jemaah yang mengalami tekanan haba, tetapi tidak mengemas kini angka itu sejak Ahad dan tidak memberikan maklumat mengenai kematian.

Sekurang-kurangnya 240 orang, kebanyakan mereka jemaah haji Indonesia meninggal dunia semasa musim haji pada tahun lepas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI