fbpx

Kes jenayah daerah Petaling menurun, 2,049 suspek berjaya ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika ditemui pada perasmian Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling dan Ibadah Korban Gagasan Rumpun Selangor Daerah Petaling Tahun 2024, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Kadar jenayah di daerah Petaling bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini menurun sebanyak 3.9 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, jumlah itu diambil berdasarkan peratusan lima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) merangkumi IPD Petaling Jaya, Serdang, Shah Alam, Subang Jaya dan Sungai Buloh.

“Pada lima bulan pertama tahun ini, jumlah kes jenayah yang merangkumi kes rompak, samun, pukul dan lain-lain lagi adalah sebanyak 1,913 kes.

“Ini berbeza bagi tempoh sama tahun lalu sebanyak 2,033 kes. Justeru, ada penurunan sebanyak 3.9 peratus,” katanya pada majlis perasmian Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling dan Ibadah Korban Gagasan Rumpun Selangor Daerah Petaling Tahun 2024 yang disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hussein menegaskan, berdasarkan keseluruhan jumlah kes lima bulan ini didapati sebanyak 55.3 peratus kes berjaya diselesaikan melibatkan tangkapan seramai 2,049 suspek.

Beliau turut menjelaskan, pihaknya berjaya menahan 5,525 individu yang terlibat dalam dadah dengan 4,860 kes keseluruhan dilaporkan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI