fbpx

Kerjasama pendidik, komuniti mampu cipta suasana senang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika menghadiri acara Program Korban Madani Peringkat JPN Negeri Sembilan hari ini.

PETALING JAYA – Fadhlina Sidek menjelaskan, hubungan baik antara warga pendidik dengan komuniti setempat boleh menciptakan suasana yang cukup menyenangkan.

Menteri Pendidikan itu memberi bukti kerjasama antara warga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan bersama komuniti Taman Coral Heights yang menjayakan Program Korban Madani Peringkat JPN negeri itu.

“Dari Putrajaya, saya bergerak pula ke Seremban, untuk menyantuni warga Pendidikan di Negeri Sembilan yang menyelenggara acara Program Korban Madani Peringkat JPN Negeri Sembilan.

“Amalan “rewang” bersama-sama antara warga JPN Negeri Sembilan dengan komuniti Taman Coral Heights berlangsung dalam semangat kerjasama dan kasih sayang,” katanya dalam satu hantaran di media sosialnya hari ini.

Jelas Fadhlina, aktiviti itu adalah suatu terjemahan prinsip penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan, yang berlanjutan dalam kegiatan kemasyarakatan seperti ini.

Terdahulu, Fadhlina turut mengunjungi warga pendidikan Putrajaya untuk Program Korban Madani peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya pagi tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI