fbpx

Kerajaan beri kerjasama pesatkan projek ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mendengar ucapan Li Qiang pada Majlis Pecah Tanah Stesen ECRL Terminal Bersepadu Gombak hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan akan memberi segala kerjasama dalam memesatkan pertumbuhan dan kejayaan bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kolaborasi antara Malaysia dan China bagi projek ECRL membolehkan persediaan ekonomi kepada posisi yang lebih baik selain membantu membangunan kawasan terlibat terutama di Pantai Timur.

“Sejarahnya gemilang, sejarah ini menunjukkan kerjasama erat dua negara. ECRL ini walaupun dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi dikembangkan dan diteruskan dengan pesat, kerjasama penuh Kerajaan Perpaduan Madani sekarang.

“Projek infrastruktur ini melibatkan RM50 bilion lebih dan saya percaya ia akan menunjukkan kesediaan kita, bukan sahaja mencatat pembangunan, tapi menjamin pembangunan lebih merata,” katanya berucap pada Majlis Pecah Tanah Stesen ECRL Terminal Bersepadu Gombak hari ini.

Majlis tersebut turut ditayangkan secara langsung pada media sosial beliau dan ia dihadiri oleh Premier Republik Rakyat China, Li Qiang.

Anwar berkata, projek ECRL tersebut apabila siap sepenuhnya kelak akan menjamin pertumbuhan rantau yang dianggap kurang dari segi persaingan dan tidak mempunyai keupayaan untuk bersaing.

“Melainkan kita menyediakan prasarana cukup baik. Prasaran disediakan termasuk Kelantan, Terengganu dan Pahang itu akan beri ruang supaya kita boleh menyaksikan pertumbuhan ekonomi lebih segar di negeri-negeri berikut.

“Sebab itu saya telah nyatakan kepada Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) supaya segerakan pelaksaan projek ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga meminta beberapa perhatian diberikan iaitu kerjasama daripada kontraktor tempatan dan bumiputera.

“Kita minta beberapa perhatian termasuk jaminan kerjasama kontraktor tempatan dan bumiputera, kerjasama perunding dan pembekal yang mencukupi dari syarikat negara serta penyertaan bumiputera selayaknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI