fbpx

Kepada yang idolakan saya, tolong berhenti – Amir Jahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir meminta agar peminat tidak menjadikan dirinya sebagai idola sebaliknya mengidolakan Rasullulah SAW.

PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer, Amir Jahari menerima kecaman netizen gara-gara meminta khalayak berhenti mengidolakan dirinya. 

Kenyataan yang dimuat naik dalam aplikasi X atau Twitter itu membuatkan Amir atau nama sebenarnya, Mohamad Amirullah Jahari, 32, bertubi-tubi dicaci dengan peluru kata pengguna sosial. 

“Kepada mereka yang mengidolakan saya, berhenti. 

“Jangan idolakan dan agungkan manusia membuta tuli. Idolakanlah yang selayaknya iaitu Rasulullah SAW,” katanya dalam aplikasi X. 

Kenyataan juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu (AJL38) itu mengundang rasa kurang senang sebilangan besar peminat tegar penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikecam selepas beliau menerima jemputan maestro terkemuka dunia, David Foster di Indonesia baru-baru ini. 

“Benar sekali kenyataan anda (Amir) tapi, bila orang yang paling dekat dengan anda  menangguk ke air keruh berkenaan isu yang sedang hangat sekarang ini pada kami (peminat) rasa tak baguslah. 

“Seolah-olah individu itu (Siti) tak pernah berbuat baik langsung,” tulis seorang peminat. 

Terdahulu, timbul kontroversi apabila gerakan Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) meluahkan rasa kesal apabila Siti, 45, muncul dalam persembahan anjuran pihak David Foster. 

Difahamkan, David merupakan antara selebriti yang aktif menyumbang dana kepada tentera Israel termasuk acara yang dianjurkan oleh Friends of Israel Defence Forces (FIDF).

Susulan itu, ramai menganggap Siti tidak sensitif selain dikatakan menjalin kerjasama dengan individu secara terang-terangan menyokong Israel.

Namun, peminat setia pelantun Cindai itu tampil mempertahankan tindakan idola mereka yang dianggap mempunyai alasan tersendiri ketika menerima tawaran nyanyian menggantikan penyanyi antarabangsa, Jessie J. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI