fbpx

Kalahkan pondan, Che Ta pesan wanita kena rajin bersiap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ta menasihatkan golongan wanita agar sentiasa menjaga keterampilan diri.

PETALING JAYA – Perlu bersiap dan menjaga kesihatan diri agar kekal menarik di mata suami, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan menitipkan pesanan kepada wanita supaya jangan malas menjaga penampilan agar tidak kalah dengan golongan lelaki menyerupai wanita atau pondan.

Rozita yang mesra disapa Che Ta, 50, berkata, kaum hawa sepatutnya tidak boleh kalah dengan golongan sebegitu yang sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik berbanding wanita sejati.

“Orang perempuan kena rajin sebab itu kalau kita tengok pondan bukan main cantik lagi. Sebab pondan lagi rajin daripada perempuan.

“Orang perempuan bertambah-tambah dah berlaki (bersuami) tu, punya senang hati tak kisah tak sedar diri.

“Tunggu kena tinggal dengan laki baru beria-ria bersiap, baru nak kempiskan perut, baru nak bertumit tinggi,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Harus sentiasa jelita setiap masa, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu sekali lagi berpesan kepada wanita untuk mengutamakan kecantikan diri meskipun dihambat kesibukan kerja.

“Kita kena nombor syatu (satu) biar pondan irikan (cemburu) dengan kita. Adik-adik jangan terasa tau.

“Kita tahu pondan ni memang rajin ‘all out’, berani mati. Orang perempuan macam gitulah, kadang tidak je cuci muka. Kata lupa, penat nak cuci muka. Jangan lupa ya,” nasihatnya.

Rata-rata netizen senada dengan kenyataan isteri Zain Saidin itu namun ada juga yang berpendapat penampilan tidak menjanjikan apa-apa memandangan golongan lelaki tidak pernah cukup satu.

“Betul kata Che Ta, dia yang berusia pun masih jaga penampilan, usia hanyalah angka, kita kena kekal cantik, kalau suami lari juga, kita tak rugi sebab berderet lagi mahu kita,” komen seorang pengguna media sosial.

“Bella yang cantik tu pun kena curang, apatah lagi kita yang buruk. Jadi, penampilan tu tidak menjanjikan apa-apa, tapi betul, jagalah kesihatan, penampilan demi diri sendiri, bukan untuk sesiapa,” komen netizen itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI