fbpx

Jemaah haji hilang tiga hari lepas lontar jamrah ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salleh yang ditemukan selamat selepas hilang di Mina

KUALA SELANGOR – Kehilangan seorang jemaah haji lelaki yang gagal dikesan di Mina sejak Ahad lalu terlerai apabila dia ditemui dalam keadaan selamat hari ini.

Salleh Hassan, 61, yang menetap di Puncak Alam di sini dilaporkan hilang kira-kira pukul 9 malam waktu tempatan selepas keluar bersendirian melontar jamrah.

Anaknya, Mohamad Khairul Asyraf, 28, berkata, mutawif tempatan menghubunginya memaklumkan bapanya itu dijumpai selamat di sebuah hotel di Masjidil Haram.

“Namun, saya masih menunggu panggilan telefon daripada ayah dan ibu, Kamsiah Nawin, 56, yang turut mengerjakan ibadah haji,” katanya kepada pemberita. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI