fbpx

Inul Daratista nak pencen ‘goyang ngebor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INUL memberi gambaran seperti ingin mengundurkan diri daripada industri hiburan.

SELEPAS 26 tahun mendedikasikan hidupnya terhadap dunia seni, penyanyi dangdut Inul Daratista memberi bayangan ingin berundur.

Pemilik nama sebenar Ainur Rokhimah, 46, yang membina empayar perniagaan sendiri berkongsi hasrat tersebut menerusi Instagramnya, baru-baru ini.

“Setelah 26 tahun aku di arena dan dikenal dengan goyang ngebor, banyak sekali kenanganku bersama dangdut.

“Tapi sepertinya aku rasa sudah cukup. Tiba-tiba terfikir apakah ini waktunya untuk aku bersara?” tulisnya.

Pertanyaan terbuka itu kemudian dibalas peminat yang rata-rata meminta artis kesayangan mereka mempertimbangkan hasrat tersebut.

Tidak kurang dalam kalangan pengikut yang memberikan galakan kerana berpendapat, tiada apa lagi yang perlu dikejar ibu anak satu itu selain keluarga dan bisnes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI