fbpx

Ibadat haji musim bunga pada 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMAT Islam menunaikan solat di Kaabah, Mekah semalam. - Foto AFP

MEKAH –  Umat Islam dijangka mengerjakan haji buat kali terakhir dalam musim panas di Arab Saudi pada tahun depan, lapor laman berita Saudi Gazette semalam. 

Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NMC), Hussein Al-Qahtani mengesahkan perkara itu dengan menyatakan bahawa jemaah bakal mengerjakan haji dalam musim bunga.

“Musim haji akan memasuki fasa baharu perubahan iklim pada tahun 2026. Kita tidak akan menyaksikan haji pada musim panas sehingga selepas 17 tahun,” katanya.

Hussein berkata, 2026 akan menjadi permulaan haji pada musim bunga selama lapan tahun berturut-turut sebelum diikuti dengan musim sejuk. 

“Kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada musim haji pada musim panas untuk selama 16 tahun,” katanya.

Beliau menambah, suhu purata dalam musim haji kali ini adalah sekitar antara 45 hingga 47 darjah Celsius. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI