fbpx

F1: Stroll sedia pertahan ‘kerusi’ Aston Martin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STROLL percaya dia akan terus kekal mengemudi jentera Aston Martin musim depan biarpun terdapat spekulasi mungkin tempatnya akan digantikan. - AFP

LONDON – Pelumba Aston Martin, Lance Stroll memberi jaminan tidak akan ‘berganjak’ untuk mempertahankan kedudukan selaku pemandu utama kerana sah bakal kekal bersama pasukan pada saingan Formula Satu (F1) musim depan.

Sebagai rekod, Lance yang merupakan anak kandung kepada pemilik pasukan Aston Martin, Lawrence Stroll masih memiliki kontrak bersama pasukan itu selain tidak dikaitkan untuk berhijrah ke destinasi lain.

Menurut Stroll, tiada sebarang perubahan dimaklumkan kepadanya setakat ini sebaliknya apa yang diberitahu gandingan bersama pelumba senior, Fernando Alonso pada musim depan adalah kekal.

“Saya rasa akan terus kekal memandu jentera Aston Martin pada saingan musim depan. Tiada sebarang perubahan drastik ketika ini meskipun itu adalah soalan yang sering ditanya kepada saya sejak beberapa bulan lepas.

“Secara peribadi, saya teruja untuk terus menjadi sebahagian daripada pasukan Aston Martin dan kita juga akan merasmikan ibu pejabat baharu di Silverstone dan saya harap dapat kekal untuk tempoh yang panjang di sini,” katanya.

Sementara itu, pelumba berusia 26 tahun itu mengakui prestasi jentera Aston Martin pada kempen F1 musim ini berada di bawah tahap sebenar jika dibandingkan dengan apa yang dipamerkan pada musim lepas.

“Secara jujur, saya akui kita agak bergelut pada saingan musim ini tetapi kita masih berjuang untuk berada dalam kelompok lima pasukan terbaik pada setiap perlumbaan. Saingan masih lagi panjang dan saya pasti kelemahan yang ada dapat diperbaiki tidak lama lagi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI