fbpx

Euro 2024: Turkiye pastikan Georgia ‘gigit jari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain tengah sensasi Turkiye, Arda Guler meraikan jaringan bersama rakan sepasukan sebentar tadi.

DORTMUND – Pasukan Turkiye mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menewaskan Georgia 3-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F di Stadium Signal Iduna Park sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad The Crescent-Stars kendalian Vicenzo Montella itu membariskan kesebelasan terbaik dengan Kenan Yildiz, Arda Guler dan Baris Alper Yilmaz mengetuai jentera serangan.

Pasukan Turkiye yang menduduki ranking ke-40 dunia tidak mempunyai masalah untuk mendahului seawal minit ke-25 hasil jaringan Mert Muldur selepas menerima hantaran Ferdi Kadioglu.

Turkiye berjaya melebarkan kelebihan berselang dua minit kemduian tetapi jaringan yang dilakukan oleh Yildiz dibatalkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana ofsaid.

Kesempatan itu digunakan oleh Georgia untuk meraih gol penyamaan hasil penyudah Georges Mikautadze pada minit ke-32 dengan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan corak permainan terbuka dengan saling berbalas serangan untuk mendahului saingan.

Namun, tuah lebih memihak kepada Turkiye selepas Guler yang juga pemain Real Madrid menjaringkan gol cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-65.

Tersentak dengan gol tersebut, Georgia memperkemaskan jentera serangan tetapi beberapa siri percubaan berjaya diselamatkan benteng Turkiye yang diketuai penjaga gol, Mert Gunok.

Ketika Georgia leka untuk memburu gol penyamaan, Turkiye berjaya melakukan serangan balas pantas yang berjaya disudahkan oleh pemain gantian, Kerem Akturkoglu pada masa kecederaan.

Kedudukan 3-1 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI