fbpx

Euro 2024: Mbappe mungkin perlu tinggalkan Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE mengalami kecederaan patah hidung ketika aksi menentang Austria awal pagi semalam menyebabkan masa depannya pada Euro kali ini tidak dapat dipastikan. - AFP

PERANCIS berdepan risiko kehilangan khidmat penggempur sensasi mereka, Kylian Mbappe pada saingan Euro kali ini selepas bintang baharu Real Madrid tersebut mengalami kecederaan patah hidung ketika Les Bleus meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Austria pada aksi Kumpulan D di Merkur Spiel Arena, Dusseldorf awal pagi semalam.

Ketika perlawanan berbaki lima minit untuk berakhir, Mbappe terlibat dalam insiden pelanggaran bersama pemain pertahanan Austria, Kevin Danso dan terpaksa dikeluarkan selepas mengalami pendarahan sebelum tulang hidungnya disahkan patah menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital.

Akhbar berpengaruh di Perancis, L’Equipe mendedahkan bahawa pemain itu terpaksa menjalani proses pembedahan segera di Hospital Universiti Dssseldorf menyebabkan masa depannya pada baki saingan Euro musim ini menjadi tanda tanya ketika dia disebut-sebut mampu memenangi anugerah Ballon d’Or jika pasukan itu mampu menjulang kejuaraan kali ini.

Pakar-pakar perubatan termasuk bekas doktor pasukan Perancis, Fabrice Bryand percaya proses penyembuhan akibat kecederaan itu mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya selama 10 hari atau lebih sekali gus menyaksikan Mbappe mungkin terpaksa melupakan aksi peringkat kumpulan ketika skuad kendalian Didier Deschamps itu bakal menentang Poland untuk aksi ketiga pada 26 Jun ini.

Perkembangan itu pastinya mengundang cemas dalam kem Perancis ketika mereka bakal turun menentang Belanda pada aksi kedua awal pagi Sabtu ini dan tanpa kelibat Mbapper bermakna jentera serangan pasukan itu pastinya lebih tempang selepas mereka hanya mampu mengharapkan gol sendiri pemain Austria ketika meraih kemenangan awal pagi semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI