fbpx

Euro 2024: Jerman bimbang aksi ‘liar’ Hungary

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JERMAN berharap mampu mengekalkan rentak kemenangan menentang Hungary selepas membelasah Scotland pada aksi pertama. - AFP

STUTTGART – Pengendali Jerman, Julian Nagelsmann tidak dapat menyembunyikan kerisauannya dan melabel Hungary sebagai lawan yang mampu mencetuskan ‘huru hara’ kepada pemainnya.

Walaupun memulakan kempen kali ini dengan prestasi luar biasa apabila membelasah Scotland 5-1, Nagelsmann sedar pertemuan dengan Hungary di MHP Arena, Stuttgart malam ini bakal memberikan cabaran berbeza buat para pemainnya.

“Hungary adalah lawan yang kurang disenangi kerana adakalanya mereka agak ‘berani mati’ dan sukar untuk dikawal. Mereka juga ada pemain yang beraksi di Bundesliga dan sudah pun memainkan peranan besar bersama kelab masing-masing.

“Hungary hampir sama dengan Scotland, namun mereka lebih bersemangat. Mereka juga mempunyai pasukan yang sudah lama bersama dan memiliki jurulatih berpengalaman.

“Bagi kami, adalah penting untuk mendapat asas pada perlawanan pertama dan saya kekal optimis mampu meraih kemenangan kedua,” katanya.

Bagaimanapun, tekanan pastinya lebih condong kepada Jerman memandangkan kejohanan ini berlangsung di depan penyokong sendiri, malah pasukan juga menggalas tanggungjawab besar mencari kejayaan selepas dihimpit masalah prestasi dalam beberapa kejohanan sebelum ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI