fbpx

Euro 2024: Croatia mahu buka ‘buku’ baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MODRIC mahu rakan sepasukannya melupakan kekalahan kepada Sepanyol dan memberikan fokus pada dua aksi berbaki peringkat kumpulan. - AFP

DORTMUND – Kapten Croatia, Luka Modric mahu rakan sepasukannya segera melupakan kekecewaan tewas 0-3 kepada Sepanyol pada perlawanan pertama Kumpulan B, Ahad lalu.

Bagaimanapun, Modric mengakui yang Croatia menempah jalan sukar dan tiada lagi kesilapan boleh dilakukan dalam dua aksi selepas ini, bermula dengan pertemuan dengan Albania, malam ini.

“Keputusan tidak seperti yang kami harapan, tetapi itulah yang terjadi. Kami masih ada dua perlawanan lagi dan peluang buat kami masih lagi ada.

“Kami tidak lagi boleh lakukan kesilapan dan perlu segera pulihkan semangat untuk cuba memenangi dua perlawanan selepas ini. Bagus dengan situasi sekarang, kami kini tahu yang Croatia sudah tidak ada pilihan kecuali perlu menang,” katanya.

Sementara itu, pengendali Croatia, Zlatko Dalic menuntut kerja keras daripada pemain dan elak melakukan kesilapan hingga memberikan jaringan kepada pasukan lawan.

“Pada perlawanan dengan Sepanyol, kami memberikan banyak ruang kepada pasukan lawan dan akhirnya kami dihukum. Kami perlu alih fokus kami terhadap baki perlawanan dan kena dapatkan kemenangan,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI