fbpx

Dilengkapi teknologi AI premium, HONOR 200 gaya telefon pintar flagship masa kini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONOR menawarkan teknologi AI premium dan bersesuaian dengan kehendak pengguna masa kini.

PETALING JAYA – Bukan sekadar berfungsi sebagai medium komunikasi, telefon pintar siri HONOR 200 menjangkau kelebihan luar biasa dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) MagicOS 8.0 dan Android 14.

Harga siri HONOR 200 bermula daripada RM1899, dengan kedua-dua model yang ditawarkan, iaitu HONOR 200 Pro dan HONOR 200 telah dilengkapi sistem kamera hasil kerjasama Harcourt, dwi OIS+EIS system anti-goyang, RAM 12GB, bateri besar 5200mAH dan pengecasan 100W.

Digelar ‘Flagship Estetik AI’, Siri HONOR 200 bukan sahaja memberi spesikikasi yang bertaraf flagship, tetapi juga dilengkapi ciri-ciri AI premium.

HONOR 200 dilengkapi sistem kamera yang dibangunkan dengan kerjasama Studio Harcourt untuk menangkap gambar potret bertaraf studio.

Gambar potret yang bernilai melebihi RM10,000?

Mengetengahkan gambar portret yang premium, siri HONOR 200 juga telah menjalin kerjasama dengan Studio Harcourt bagi meningkatkan kemampuan pengesan cahaya dan bayang, sekali gus mampu menangkap potret bertaraf studio.

Dengan sokongan teknologi AI HONOR 200 yang boleh melaras cahaya dan komposisi warna secara automatik, ini menjadikan setiap foto yang diambil bersifat lebih artistik.

Menariknya, kedua-dua siri HONOR 200 dan HONOR 200 Pro dilengkapi dengan tiga kamera, terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP dan kamera ultra lebar serta makro 12MP.

Tambah bergaya, HONOR 200 Pro turut dilengkapi ciri penderia H9000 yang sama seperti Magic6 Pro.

AI Motion Sensing yang merupakan ciri utama siri HONOR Magic kini boleh digunakan pada HONOR 200 Pro.

 

AI siri HONOR 200 dilengkapi dengan keupayaan AI MagicOs 8.0 dan Android 14.

Kelebihan AI Magic Portal 

Ciri AI Magic Portal yang ditawarkan memberikan kelebihan buat pengguna untuk mendapatkan maklumat seperti alamat dan imej secara mudah.

Kelebihan ini memberi manfaat luar biasa terutama bagi mereka yang gemar membeli-belah secara dalam talian.

Setiap maklumat yang diinginkan seperti lokasi atau laman sesawang e-dagang boleh didapati secara mudah dengan cara menyeret dan melepaskan imej daripada satu aplikasi ke aplikasi lain.

Beberapa aplikasi yang menyokong kemudahan itu ialah Google Maps, WhatsApp, Gmail, Google Search, Facebook, Instagram, TikTok WeChat dan X.

Flagship estetik AI terbaik

HONOR 200 dengan warna Coral Pink.

Di samping AI Magic Portal, Siri HONOR 200 turut dilengkapi dengan banyak lagi ciri AI yang manarik.

Setiap data atau maklumat sensitif seperti nama dan kata laluan akan dikaburkan menggunakan teknologi AI Blur Private Info.

Suhu warna skrin boleh laras pula mampu membantu pengurangan pancaran warna biru.

Selain itu, penyesuaian suhu warna paparan berdasarkan persekitaran dengan kaedah AI Natural Tone 2.0 dapat memberikan pengelaman paparan secara alami dan konsisten setiap masa.

Pra-pesan HONOR 200 untuk menikmati hadiah bernilai sehingga RM1,078

Kini Siri HONOR 200 telah dilancarkan di Malaysia, dengan harga di bawah:

HONOR 200 (12GB+256GB) RM1899

HONOR 200 (12GB+512GB) RM2199

HONOR 200 Pro (12GB+512GB) RM2699

Secara ringkas, siri HONOR 200 mampu mencipta visual foto luar biasa dengan penggunaan teknologi masa kini di samping dilengkapi dengan bateri Silicon Carbon 5200mAh, SuperCharge 100W, speaker stereo, sistem dwi anti-goyang OIS dan EIS.

HONOR turut memberikan tawaran hadiah percuma bernilai sehingga RM1,078, termasuk rebat RM200 termasuk HONOR Earbuds X6 dan penggantian retak depan dan belakang selama setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI