fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara, hujan di Perak, Selangor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cuaca cerah di sekitar ibu negara pagi ini. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik tanpa hujan hampir di seluruh negara pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan hujan lebat pada sebelah pagi dijangka tertumpu di Perak (Manjung dan Bagan Datuk), Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Port Dickson) dan Johor (Pontian dan Johor Bahru) sehingga pukul 11 pagi nanti.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan tempat seluruh negara kecuali Melaka.

“Hujan lebat berserta ribut petir dijangka tertumpu di beberapa tempat melibatkan Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Ribut petir turut dijangka melanda kawasan pedalaman Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor,” katanya.

Seterusnya, di Sabah, hujan lebat diramal berlaku di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat diikuti Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam, amaran ribut petir turut dikeluarkan melibatkan negeri Pahang dan kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Perak.

“Selain itu, cuaca buruk sama turut dijangka di Malaysia timur melibatkan Sandakan, Pedalaman, Tawau, Labuan, Pantai Barat dan Kudat di Sabah.

“Di Sarawak pula melibatkan Kapit, Miri dan Limbang pada sebelah malam ini,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI