PENYANYI rap, Sexy Goath mendakwa penyanyi Anji berlaku curang dengan isterinya, Juliette Angela Ermestine menerusi perkongsian dalam laman sosial.
Menurut pemilik nama sebenar Reinaldo Martin Diyo itu, Anji dan Juliette secara jelas bercuti berdua ke Bangkok, Thailand pada hari yang sama.
Dia turut menyertakan tangkap layar tiket penerbangan kedua-dua mereka sebagai bukti yang menunjukkan perselingkuhan.
Malah, lelaki terbabit juga berkongsi pakaian dalam berwarna biru yang digayakan Juliette sebelum ke Bangkok, namun baju itu dikenakan Juliette ketika bersama Anji.
Bukti lain pula menunjukkan Anji dan Juliette menginap di hotel yang sama di Bangkok menerusi persamaan warna tembok hotel diinapi mereka.
Anji yang kini dalam proses bercerai dengan isterinya, Wina Natalia pula mengambil pendekatan enggan melayan tuduhan rapper tersebut.