fbpx

AFES peneraju pengurusan sisa marin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembangunan PRF telah membantu mengurangkan pencemaran marin yang sedang berleluasa sebelum ini.

BERBEKALKAN pengalaman lebih empat tahun dalam pengurusan sisa marin, Alam Flora Environmental Solutions Sdn. Bhd. (AFES), anak syarikat Alam Flora Sdn. Bhd., di bawah Kumpulan Malakoff Corporation Berhad yakin akan menjadi peneraju dalam pengurusan sisa marin di negara ini.

AFES dengan usaha sama Northport (M) Berhad (Northport) telah membangunkan Port Reception Facilities (PRF) pada tahun 2019 dan mula beroperasi pada Februari tahun 2020 yang merupakan satu-satunya PRF on-site yang pertama di Malaysia.

PRF mempunyai keupayaan menerima dan mengurus semua jenis buangan marin secara efisien selaras dengan keperluan yang digariskan oleh Konvensyen Bagi Pencegahan Pencemaran Dari Kapal-Kapal (MARPOL) di bawah International Maritime Organization (IMO). Malaysia telah meratifikasi Konvensyen ini sejak tahun 1983.

Melalui kemudahan yang tersedia itu, AFES mengalu-alukan kerjasama rapat dengan pihak kerajaan serta syarikat perkapalan ke arah meningkatkan keberkesanan dalam pencegahan pencemaran marin.

Kakitangan memastikan proses pembersihan sisa marin dilaksanakan secara betul untuk meningkatkan tahap kelestarian.

Pencemaran alam sekitar menjadi kebimbangan utama semua pihak berkepentingan terutama mereka yang terlibat dalam sektor perkapalan.

AFES berharap dapat memberikan perkhidmatan dan berkongsi kepakaran dengan semua pihak, termasuk syarikat perkapalan, pihak berkuasa pelabuhan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Selaras dengan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, seperti SDG 3 iaitu Kesihatan Yang Baik dan Kesejahteraan, SDG 12 iaitu Penggunaan dan Pengeluaran Mampan dan SDG 14 iaitu Kehidupan Dalam Air, AFES mengadaptasi ke arah Ekonomi Kitaran dalam semua operasi dan kemudahan kami.

Berkaitan tentang pembuangan marin, pengendaliannya adalah lebih rumit dan ia tidak sama seperti pengurusan sisa domestik.

Tugas AFES adalah menerima dan mengurus semua sisa yang dihasilkan oleh kapal dan memastikan sisa itu dikendalikan dan dilupuskan dengan betul.

Kebanyakan negara maju yang menekankan kelestarian alam sekitar mempunyai PRF sebagai kaedah yang terbukti berkesan dalam mencegah pencemaran marin, ini termasuk negara jiran kita iaitu Singapura.

Negara maju ini telah lama mewujudkan kemudahan ini dan kami yakin akan menjadi peneraju dalam pengurusan buangan marin di negara ini.

AFES juga berharap dapat melatih tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing, serta menyediakan latihan amali untuk pelajar menimba pengalaman secara langsung dalam bidang pengurusan sisa dan perlindungan alam sekitar.

AFES mengutamakan usaha bekerjasama dengan syarikat swasta untuk melaksanakan kempen kebersihan dan penjagaan berkualiti bagi mengurangkan risiko pencemaran marin.

Pada masa sama, AFES juga telah merancang untuk membuka lebih banyak kemudahan seumpama ini dengan pembangunan PRF terkini di Johor Port.

Untuk rekod, sehingga kini, PRF yang diuruskan oleh AFES di Northport ini telah pun mengendalikan hampir 13,000 metrik tan (MT) sisa janaan kapal dan pelabuhan.

Selain itu, tawaran yang disediakan di tapak PRF adalah menjadi pusat untuk pengurusan sisa MARPOL bagi mengelakkan pencemaran marin, sentiasa bersiap sedia mengurus sisa MARPOL untuk semua perkhidmatan vesel.

Ia juga dapat mengurangkan risiko tumpahan dan kemalangan semasa pengangkutan sisa dengan mengamalkan prinsip berhampiran, selain dapat memberi penjimatan kepada kapal menguruskan sisa.

Selain itu, PRF juga telah berdaftar di dalam sistem Global Integrated Shipping Information System (GISIS) di bawah IMO bagi memudahkan pengguna pelabuhan mendapatkan perkhidmatan pengurusan buangan marin.

Pada September 2023, PRF yang terletak di Northport telah menjadi PRF pertama di Malaysia yang terpilih untuk diaudit oleh IMO yang mengesahkan kemudahan ini adalah ‘adequate’ yang mana ia memenuhi keperluan MARPOL 73/78. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI