fbpx

700,000 orang terperangkap dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
700 ribu orang terkandas akibat banjir kilat dan hujan lebat di daerah Sylhet, manakala 500 ribu orang lagi di daerah Sunamganj. - AFP

DHAKA – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh, manakala beribu-ribu lagi  melarikan diri ke kawasan  tinggi selepas hujan lebat di Bangladesh mencetuskan bencana tanah runtuh dan banjir kilat, kata polis dan kerajaan hari ini. 

Penduduk berlindung di sekolah -sekolah yang dijadikan pusat penempatan sementara selepas kediaman mereka ditenggelami air.

Keadaan lebih buruk di utara Bangladesh apabila hampir sejuta orang terperangkap di kawasan banjir.

“Sekurang-kurangnya 700 ribu orang terkandas akibat banjir kilat dan hujan lebat di daerah Sylhet, manakala 500 ribu lagi di daerah Sunamganj,” kata Pesuruhjaya Daerah Sylhet di timur laut Bangladesh, Abu Ahmed Siddique kepada AFP.

Bangladesh yang mempunyai kira-kira 170 juta penduduk, merupakan antara negara paling terdedah kepada bencana alam dan impak perubahan iklim, demikian menurut Indeks Risiko Iklim Global.

Hujan monsun tahunan menyebabkan kemusnahan yang meluas setiap tahun tetapi pakar-pakar berkata, perubahan iklim menjadi punca cuaca ekstrem lebih kerap.

Sementara itu, kira-kira 9 orang terkorban dalam bencana tanah runtuh di daerah tenggara, Cox’s Bazar.

“Lapan adalah pelarian Rohingya dari negara jiran, Myanmar dan seorang lagi mangsa dari Bangladesh,” kata pegawai polis, Amir Jafar. 

“Mereka sedang tidur sebelum hujan lebat semalaman mencetuskan tanah runtuh di lima kem pelarian,” kata Jafar kepada AFP. 

Mangsa juga dilaporkan tertimbus di bawah lumpur dan ratusan pelarian telah dipindahkan dari kawasan yang dianggap berisiko. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI