fbpx

4 maut gempa bumi landa Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota kecemasan berada di lokasi-lokasi terdapat runtuhan bangunan. – X

TEHRAN – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, manakala 120 lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 4.9 magnitud yang melanda bandar timur laut Kashmar di Iran semalam, lapor laman berita The New Arab.

Gabenor Kashmar, Hajatollah Shariatmadari berkata, gempa berlaku pada pukul 1.24 tengah hari (waktu tempatan).

Ujarnya, seramai 35 orang telah dimasukkan ke hospital serta menambah, gempa tersebut merosakkan kebanyakan bangunan usang di kawasan bandar dan luar bandar berkenaan.

Stesen televisyen pemerintah menyiarkan rakaman selepas gempa bumi yang menunjukkan anggota kecemasan berada di lokasi-lokasi terdapat runtuhan bangunan.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi itu melanda pada kedalaman 10 kilometer.

Iran terletak di atas pelbagai plat tektonik dan sering dilanda gempa bumi.

Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud awal tahun lalu membunuh tiga orang dan mencederakan lebih 800 yang lain di kawasan pergunungan barat laut negara itu, berhampiran dengan sempadan Turkiye. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI