fbpx

[VIDEO] Bungkusan pelik ditemui atas kubur bapa Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan beberapa bungkusan kecil ditemui di atas pusara bapa Muhyiddin.

PETALING JAYA – Ahli keluarga Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad terkejut apabila menjumpai beberapa bungkusan kecil yang diikat dengan benang di atas kubur arwah.

Perkara itu diketahui semasa ahli keluarga Allahyarham Mohammad Yassin yang juga merupakan bapa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu melawat pusaranya pada Hari Raya Aidiladha semalam.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di TikTok, kelihatan banyak bungkusan kecil di atas pusara yang dikutip oleh ahli keluarga di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1, Muar.

Tinjauan di ruang komen mendapati, ada yang mendakwa bungkusan itu merupakan buhul sihir yang bertujuan untuk membunuh atau menyebabkan lumpuh anggota badan.

“Buhul sihir ini bang. Entah siapalah yang kena dalam ikatan sihir itu. Semoga dipermudahkan urusan,” kata Asyhym.

“Buhul ni kalau ada dekat kubur jangan angkat bang. Nanti kena pada ahli keluarga pula. Buhul tu tanda ikatan sihir terputus dengan arwah, jadi dikhuatiri kalau angkat (guna tangan) takut ahli keluarga pula kena. Semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH,” komen Hamba Allah.

“Kubur arwah adik saya pun pernah ada org cucuk setanggi. Macam-macamlah benda-benda kurafat orang-orang ini kadang,” kongsi Yanna.

Untuk rekod, Allahyarham Mohamad Yassin meninggal dunia pada 1975 pada usia 73 tahun.

Pada 1955, Allahyarham menerima Pingat Sultan Ibrahim sebagai pengiktirafan beliau sebagai seorang daripada 40 tokoh ulama Johor. – KOSMO! ONLINE

@dnlfrhn11Terjumpa di kubur atok pagi raya ni.. Apa benda ya ni? Yang kita tahu ini syirik♬ Takbir Hari Raya – Ibrahim Elhaq

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI