fbpx

Usaha sama KUDR, MBI aktif bangunkan infrastruktur, pangkalan data di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak (dua dari kiri) bersama Mohamad Nizar (tengah) pada majlis pemeteraian MoU antara KUDR dan MBI di Ipoh hari ini.

PETALING JAYA- Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) telah menandatangani memorandum  persefahaman (MoU) dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk mengorak langkah yang lebih proaktif dalam usaha  membangunkan infrastruktur utiliti dan pangkalan data yang lebih mapan dan berkesan.

Melalui perjanjian ini, MBI memberi mandat kepada KUDR untuk memastikan agar semua permohonan permit bagi pemasangan infrastruktur utiliti di dalam rizab jalan selenggaraannya diselaraskan melalui sistem aplikasi Sistem Atas Talian (KUDRAT) bermula 1 Julai 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, inisiatif ini merupakan satu usaha baharu dari Kerajaan negeri Perak dalam merealisasikan agenda Perak Sejahtera 2030.

“Menerusi tagline Perak Makmur Rakyat Sejahtera, empat daripada sembilan agenda tersenarai dipacu di bawah KUDR seperti Ekonomi Digital, Pembuatan Keputusan Berpacukan Data, Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri dan Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Ia sekali gus memperlihatkan usaha gigih Kerajaan negeri dalam usaha untuk memantapkan tadbir urus negeri Perak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin menjelaskan, MoU ini membolehkan KUDR untuk memproses permohonan kerja-kerja terancang daripada syarikat utiliti yang dibuat melalui sistem aplikasi KUDRAT dan menyerahkan permohonan tersebut kepada MBI bagi tujuan kelulusan.

“MBI pula akan memastikan syarikat utiliti yang memerlukan perkhidmatan untuk mengemukakan permohonan kerja-kerja terancang melalui sistem aplikasi KUDRAT.

“Selain itu, MBI juga akan menyediakan dan berkongsi data atau maklumat penting bila mana diperlukan oleh KUDR bagi memudahkan pendaftaran permohonan syarikat utiliti,” ujarnya.

Tambah beliau, bermula 1 julai 2024, semua permohonan melibatkan korekan jalan hendaklah dibuat melalui agensi KUDR, manakala bermula 18 jun 2024 pula, pihak MBI tidak akan lagi menerima permohonan permit dan korekan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI