fbpx

Tragedi Kanchenjunga Express ragut 8 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkumpul di lokasi kejadian di Nirmaljote, Bengal Barat semalam. – AFP

NEW DELHI –  Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh di India semalam selepas pemandu kereta api barang terlepas isyarat lalu merempuh belakang sebuah kereta api penumpang , kata polis dan pegawai.

Tiga gerabak penumpang tergelincir dan terbalik, manakala satu lagi  gerabak terangkat.

Insiden di negeri Bengal Barat itu adalah  terbaharu melibatkan rangkaian kereta api India, yang membawa berjuta-juta penumpang setiap hari.

Pengerusi Lembaga Kereta Api India, Jaya Varma Sinha berkata, kira-kira 50 orang cedera dan dibawa ke hospital.

“Sebuah kereta api barang tidak mengendahkan isyarat dan melanggar kereta api ekspres dari arah belakang,” katanya.

Tambah Jaya, mangsa yang maut termasuk pemandu dan pembantu pemandu kereta api barang, seorang pengawal kereta api dan lima penumpang Kanchenjunga Express.

Ujarnya lagi, angka kematian berkemungkinan lebih tinggi. Namun, sebuah gerabak pengawal dan dua lagi yang membawa bungkusan telah dipasang di belakang kereta api penumpang, menjadikan ia bahagian paling teruk terjejas dalam nahas itu.

“Terdapat dua gerabak bungkusan yang turut dipasang. Ia melindungi gerabak lain daripada kerosakan yang lebih besar,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai polis tempatan, Iftikar-Ul-Hassan memberitahu AFP bahawa dia melihat beberapa orang yang cedera parah ditarik keluar dari celah serpihan.

“Jumlah korban mungkin meningkat lagi kerana empat orang dimasukkan ke hospital dalam keadaan serius,” katanya.

Tambah Iftikar, pasukan penyelamat sedang berusaha untuk memulihkan laluan perkhidmatan yang terjejas.

“Trek sedang dibersihkan dan dipulihkan untuk operasi,” jelasnya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI