fbpx

Taman Eko Rimba Lata Bayu ditutup, dua mangsa dijangkiti kencing tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis pemberitahuan penutupan TER Lata Bayu dan tali rentang yang diletakkan di pintu masuk pusat peranginan tersebut berikutan kes kencing tikus.

BALING – Taman Eko Rimba (TER) Lata Bayu, di sini ditutup sementara berikutan dua mangsa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital akibat dijangkiti kencing tikus.

Dua mangsa terbabit dikatakan mengunjungi pusat peranginan tersebut sebelum disahkan dijangkiti penyakit itu, baru-baru ini.

Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya berkata, kes kencing tikus atau leptospirosis itu dilaporkan Pejabat Kesihatan Daerah Baling, semalam.

Katanya, arahan penutupan TER Lata Bayu bermula semalam sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak itu dibuat oleh Jabatan Perhutanan negeri untuk siasatan serta aktiviti pencegahan seterusnya.

“Penutupan tersebut juga adalah untuk menjaga kesihatan dan keselamatan orang awam.

“Pengunjung yang mandi-manda di situ sebelum ini dan mempunyai tanda-tanda seperti demam, sakit badan dan kepala serta muntah, cirit-birit, sakit perut, jaundis dan mata kemerahan diminta mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI