fbpx

Shrutti Haasan bikin biopik Kamal Haasan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHRUTTI HAASAN

MENGABDIKAN diri dalam industri perfileman sejak kanak-kanak, kredibiliti Kamal Haasan, 69, sebagai pelakon versatil tidak perlu dipertikaikan.

Penerima anugerah tertinggi dalam dunia penyiaran India iaitu Padma Shri berkata, sudah tiba masa untuk pihak tertentu menerbitkan filem biopik bintang kebanggaan ramai itu.

Sumber menyatakan projek berkenaan bakal dipertanggungjawabkan kepada anak perempuannya yang juga pelakon, Shrutti Haasan.

Begitupun, aktres berusia 38 tahun itu menangkis desas-desus tersebut kerana enggan dikatakan berat sebelah dalam menonjolkan dokumentasi bapa sendiri.

Begitupun hingga kini belum ada sebarang perkembangan terbaru berkenaan perkembangan filem biografi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI