fbpx

Separuh jemaah haji selesai Nafar Awwal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN jemaah haji Malaysia yang selesai Nafar Awwal.

MINA – Lebih separuh daripada 31,600 jemaah haji Malaysia selesai melaksanakan Nafar Awwal iaitu melontar jamrah pada dua daripada tiga hari tasyrik semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar berkata, manakala separuh daripada jemaah haji yang lain pula melaksanakan Nafar Thani iaitu melontar bagi ketiga-tiga hari tasyrik.

Katanya, setakat ini segala proses melontar bagi semua jemaah haji terutama dari Malaysia berjalan lancar setakat ini.

“Alhamdulilah pada hari ini sebahagian besar jemaah haji Malaysia menyempurnakan Nafar Awal dan bergerak ke Mekah.

“Dan ada sebahagian mereka akan buat persediaan untuk pulang dengan penerbangan pertama KT1 yang akan berlepas pada 24 Jun ini,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Sebagai rekod, Nafar Awwal ialah apabila jemaah yang sudah melengkapkan empat daripada enam kemudian berniat keluar dari Mina untuk mengambil nafar lebih awal iaitu pada 12 Zulhijjah selepas melontar jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah.

Enam rukun haji pula ialah ihram haji, wukuf di Arafah, tawaf, saie tahallul dan tertib pada kebanyakan rukun.

Jemaah haji yang melakukan Nafar Awwal iaitu bermabit cuma dua malam sahaja dan mereka juga melontar di tiga Jamrah pada dua hari saja daripada tiga hari Tasyrik.

Dalam pada itu Mohd. Naim berkata, kebanyakan pesakit mendapat rawatan di Pusat Rawatan Tabung Haji di Mekah pada kadar yang tinggi sejak beberapa hari lalu.

“Pusat Rawatan Tabung Haji ini antara yang ramai terdiri 71 pesakit yang dibawa petugas. Ini kerana keadaan cuaca agak panas. Jadi pesakit mengalami kesakitan khususnya pada bahagian paru-paru,” jelasnya.

Tambah Mohd Naim, dia dalam masa yang sama kagum dengan komitmen yang ditunjukkan petugas dalam memastikan kebajikan dan keselamatan jemaah haji terus terjaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI