fbpx

Senasib ibu tunggal, ‘sama-sama kita nikmati perjalanannya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella (kanan) kini senasib dengan Puteri Sarah yang diceraikan suami selepas berdepan dengan episod duka hidup masing-masing.

PETALING JAYA – Masing-masing kini berstatus ibu tunggal, Bella Astillah dan Puteri Sarah membuatkan ramai tersentuh apabila berkongsi untaian foto menyambut Aidiladha bersama-sama.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menitipkan pesanan buat dirinya dan Bella, 30, yang sekarang senasib dengannya selepas diceraikan bekas suami.

“Sama-sama kita nikmati perjalanannya,” demikian coret Puteri Sarah yang turut dikongsikan dalam akaun Instagram Bella Astillah bersama harta paling bernilai iaitu anak-anak.

Menjengah ruangan komen, ramai dalam kalangan pengguna media sosial yang berbangga dan meniupkan kata-kata semangat buat dua wanita hebat tersebut.

“Dua ibu independen beraya bersama dengan anak-anak mereka. Siapa perlukan lelaki kalau anda sendiri wanita yang hebat,” kata seorang peminat.

Bagaimanapun, komen seorang netizen membuatkan ramai ‘berdekah’ apabila wujud perbandingan antara mentua Puteri Sarah dan Bella.

“Sama semua, tapi satu sahaja beza. Mentua Puteri Sarah bagaikan langit, mentua Bella bagaikan tanah. Jauh beza sifat,” tulisnya.

Untuk rekod, Puteri Sarah bercerai talak satu dengan pengarah sensasi Syamsul Yusof pada 14 Jun 2023 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Sementara itu, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah dengan bercerai talak satu dengan Aliff Aziz 13 Jun minggu lalu di Mahkamah Rendah Syarie Wilayah Persekutuan selepas melalui bermacam episod kecurangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI