fbpx

Saya tak rasa keluar The Gadys keputusan tepat – Nelissa Nizam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelissa atau nama lengkapnya Nelissa Edreena Nizam, 26, berkata, setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab tersendiri.

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi, Nelissa Nizam menganggap insiden suara sumbang yang menimpa kumpulan The Gadys sebagai batu loncatan untuk mereka lebih dikenali.

Nelissa atau nama lengkapnya Nelissa Edreena Nizam, 26, berkata, setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab tersendiri.

Pelakon filem Saka Perawan itu juga nafi dia gembira kejadian tersebut berlaku selepas pengundurannya daripada kumpulan terbabit.

“Saya tidak fikir pengunduran daripada kumpulan itu sebagai satu keputusan tepat kerana bagi saya anggap itu rezeki masing-masing.

“Kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku kerana segalanya di luar kawalan. Pada saya ini rezeki mereka dan peluang untuk lebih dikenali.

“Perkara itu juga membuatkan mereka lebih memantapkan diri dengan menghadiri kelas vokal dan menjadi lebih baik,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, Nelissa juga mengambil pendekatan positif dan mengharapkan kumpulan terbabit terus menempa nama dalam industri hiburan tanah air.

Nelissa juga memberitahu, dia tidak mempunyai masalah dengan ahli kumpulan itu selain saling berhubung antara satu sama lain.

“Pastilah kami ada berhubung dan berkawan seperti biasa. Ada kelapangan kami akan berjumpa.

“Biarlah setiap benda baharu yang hendak kita buat tentu ada cabarannya tersendiri. Apa-apa pun saya mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.

November tahun lalu Nelissa dan Faa Zaini mengumumkan mengundurkan diri daripada The Gadys.

Keputusan itu diambil Nelissa bagi memberi fokus kepada bidang lakonan disebabkan jadual kerjaya yang padat.

Untuk info, kumpulan The Gadys kini dianggotai oleh Azie, Thamiera dan Ayunie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI