fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Lembah Klang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Lembah Klang sehingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka tertumpu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor melibatkan Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka di Perlis, Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu) dan Pahang (Bentong, Bera dan Rompin).

“Seterusnya di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin, diikuti Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor,” katanya.

Selain itu, di bahagian Malaysia timur pula, hujan lebat turut diramalkan di Sarawak, melibatkan Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah, cuaca hujan dan lembap sama dijangka tertumpu di Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat sehingga 6 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI