fbpx

Puluhan askar Korea Utara ceroboh sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR  disiarkan semalam menunjukkan askar Korea Utara bekerja di sebuah lokasi rahsia berhampiran sempadan  negara itu dan Korea Selatan. – AFP 

SEOUL – Berpuluh-puluh askar Korea Utara melintasi sempadan negara berkenaan dengan jirannya, Korea Selatan buat seketika hari ini sebelum berundur selepas sejumlah tembakan amaran dilepaskan, kata tentera Seoul.

Insiden  itu adalah yang kedua seumpamanya selepas 9 Jun lalu. Ketua-Ketua Staf Bersama(JCS) berkata, mereka percaya kedua-dua kejadian itu adalah tidak disengajakan.

“Berpuluh-puluh askar Korea Utara melintasi Garis Sempadan Ketenteraan hari ini dan berundur ke utara selepas tembakan amaran dilepaskan,” kata seorang pegawai JCS.

Menurutnya, sebilangan anggota tentera Pyongyang itu cedera apabila periuk api meletup di lokasi tersebut.

“Askar-askar Korea Utara  memasang periuk api di kawasan sempadan tetapi mengalami kecederaan akibat letupan periuk api sendikri  semasa melakukan kerja mereka,” tambahnya.

Sejak April lepas, Korea Utara mengerahkan tenteranya ke barisan hadapan untuk ‘mewujudkan zon tandus’ sambil memasang lebih banyak periuk api dan menambah halangan kereta kebal.

“Aktiviti Pyongyang itu kelihatan seperti langkah memperketatkan kawalan dalam negara bertujuan mencegah askar dan rakyat Korea Utara daripada membelot ke Korea Selatan,” kata pegawai JCS sama

Secara teknikal, Korea Utara dan Korea Selatan masih berperang kerana konflik 1950-1953 berakhir dengan gencatan senjata dan bukannya perjanjian damai.

Zon bebas tentera dan Garis Sempadan Ketenteraan yang membahagikan Semenanjung Korea itu merupakan kawasan paling banyak periuk api di dunia. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI