fbpx

Polis tunggu laporan bedah siasat kemalangan bas rombongan guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan melibatkan sebuah bas membawa rombongan guru dengan sebuah treler di Jalan Bahau-Keratong di Rompin 9 Jun lalu.

KUANTAN – Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi melengkapkan siasatan kes kemalangan maut melibatkan sebuah bas dan treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Simpang Tiga Bahau di sini baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihaknya giat melengkapkan kertas siasatan dan mengambil keterangan daripada pemandu bas terbabit.

“Kita menerima arahan untuk merujuk kes kepada Pejabat Peguam Negara, cuma masih menunggu laporan bedah siasat untuk meneruskan pertuduhan.

“Kes ini masih dalam siasatan sebelum dituduh. Tiada tangkapan dilakukan setakat ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.40 tengah malam, 9 Jun lalu, sebuah bas yang membawa 39 penumpang terbabit kemalangan dengan lori treler di Kilometer 126, Jalan Kuantan-Segamat dekat Simpang Tiga Bahau di sini.

Difahamkan ketika kejadian itu, bas ekspres tersebut membawa guru-guru Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu bagi menyertai rombongan penanda aras.

Dalam kejadian itu, empat mangsa maut. Mereka yang meninggal dunia ialah Hasnatul Adilah Hassan, 48, Hamzah Ahmad, 60, Dahlia Ahmad, 52, dan kelindan bas, Mohd. Adi Hasan, 29. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI