fbpx

Peminat Indonesia menangis tonton persembahan Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peminat penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menitiskan air mata apabila berpeluang menonton persembahan idolanya itu di Indonesia.

Menerusi video tular, peminat berkenaan berasa terharu hingga menangis kerana sudah lama mengimpikan untuk menonton persembahan diva terkenal itu.

Katanya, kemunculan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu dianggap sebagai hadiah terindah selain kagum dengan kelunakan suaranya yang luar biasa.

“Saya sangat meminati Siti Nurhaliza. Tidak sangka ini impian saya selama ini menjadi kenyataan.

“Hebat betul persembahannya dan saya tidak sangka berpeluang untuk melihatnya sendiri di depan mata,” kata peminat berkenaan.

Berdepan dengan kritikan ramai kerana menerima jemputan David Foster yang didakwa penyokong Israel, kehebatan persembahan Siti bersama maestro hebat dunia itu bagaimanapun memang tidak dapat dinafikan.

Biarpun tidak mempunyai banyak masa untuk membuat latihan, kemunculan Siti menyanyikan lagu I Will Always Love You yang dipopularkan mendiang Whitney Houston berjaya memukau ribuan penonton.

Kemunculan Siti juga berjaya menyelamatkan maruah penganjur konsert Hitman Returns-David Foster dan Friends dengan menggantikan posisi penyanyi Jessie J yang menarik diri pada saat akhir.

Terdahulu, timbul kontroversi apabila gerakan Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) meluahkan rasa kesal apabila Siti muncul dalam persembahan itu.

Difahamkan David merupakan antara selebriti yang aktif menyumbang dana kepada tentera Israel termasuk acara yang dianjurkan oleh Friends of Israel Defence Forces (FIDF).

Susulan itu ramai yang menganggap Siti tidak sensitif selain dikatakan menjalin kerjasama dengan individu yang menyokong Israel.

Namun, peminat setia Siti tampil mempertahankan tindakan Siti yang dianggap mempunyai alasan tersendiri ketika menerima tawaran nyanyian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN