fbpx

Pembuang sampah tegar dapat ‘hadiah’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sampah sarap yang ditinggalkan oleh penduduk setempat. - @lagi.viral

JAKARTA – Tindakan penduduk setempat di Jawa Barat, Indonesia yang mengumpulkan banyak sampah sarap di sebuah rumah mengundang perhatian ramai, lapor akhbar Suara.com semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lagi.viral, sejumlah penduduk dilihat memasuki sebuah rumah dengan membawa beberapa guni berisi sampah.

Mereka nekad untuk mengembalikan ‘hadiah’ itu kepada pemilik rumah berkenaan kerana dia sering membuang sampah merata-rata. 

Dalam video klip itu juga, pemilik terbabit dilihat diam membisu dan tidak berbuat apa-apa ketika penduduk memenuhi rumahnya dengan sampah. 

“Terbaik! Bagi je, zaman sekarang nak tegur dengan sopan sudah tidak ‘valid’,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Bagus, saya suka caranya! Ini adalah contoh buat yang lain,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI