fbpx

MITI buka permohonan jadi syarikat AP Terbuka 1 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Mana-mana syarikat Bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan kenderaan di Malaysia berkuatkuasa 1 Julai ini.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini selaras dengan usahanya untuk terus meningkatkan keterangkuman dan ketelusan dalam proses permohonan AP Terbuka.

Syarikat berminat tertakluk kepada empat syarat utama iaitu berstatus Sendirian Berhad; pemilikan 100 peratus Bumiputera; mempunyai modal berbayar minimum RM1 juta; dan sedang beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun.

“Pelaksanaan dasar ini dijangka akan menarik lebih banyak syarikat Bumiputera untuk berkecimpung dalam industri automotif dan pertambahan bilangan syarikat akan menjadikan segmen ini lebih kompetitif serta berdaya saing.

“Objektif utama kerajaan adalah untuk terus memperkasa agenda sosio-ekonomi Bumiputera dengan memberi peluang kepada lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya saing untuk terlibat dalam sektor automotif,” katanya.

Garis panduan, borang permohonan dan senarai semak boleh dirujuk di laman web rasmi MITI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI