fbpx

Lembu korban tanduk pelanggan kedai kopi di Pasir Putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lembu tersebut memasuki Kopitiam Pasir Putih Ahad lalu. – Istimewa

JAKARTA – Seekor lembu korban melarikan diri ke dalam sebuah kedai kopi sebelum menanduk tiga individu, lapor laman berita Detik kelmarin.

Kejadian berlaku di Pasir Putih dalam wilayah Riau kelmarin.

Berdasarkan klip video kejadian yang tular, lembu tersebut dilihat memasuki sebuah kedai kopi dan menuju  ke bahagian dapur.

“Aduh, pagi-pagi lembu sudah masuk ke sini (kedai kopi). Habislah,” kata perakam video tersebut.

Menurut pekerja Kopitiam Pasir Putih dikenali sebagai Iqbal, lembu itu memasuki premisnya  pada waktu pagi.

“Kejadian berlaku sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan). lembu ini datang dari arah medan selera sebelum mundar-mandir di sini,” kata Iqbal.

Tambahnya, lembu korban itu turut menanduk dua orang pegawai dan seorang pelanggan.

“Banyak barang-barang rosak. Ada pekerja yang terpaksa melarikan diri,” jelasnya.

Ujar Iqbal, lembu itu dipercayai terlepas daripada sebuah kenderaan mengangkut lembu korban yang diletakkan berdekatan lokasi tersebut.

“Kira-kira setengah jam kemudian, pemiliknya datang menangkap lembu itu. Ia bagaimanapun sempat membuang najisnya di sini,” kata Iqbal.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI