fbpx

Pemandu e-hailing didakwa cabul wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kejadian cabul di sebuah pasar raya di Selayang pada 4 Jun lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang tular kerana mencabul seorang pelanggan wanita di sebuah pasar raya sudah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Irwan Iesa, 38, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Irwan didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 38 tahun dengan maksud mencabul kehormatan di sebuah premis di Selayang di sini pukul 2 petang pada 4 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaa dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Gan Sing See.

Mahkamah membenarkarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan menetapkan 10 Ogos ini bagi sebutan semula kes.

Kosmo! pada 8 Jun lalu melaporkan polis sedang menyiasat laporan kes cabul melibatkan seorang wanita di sebuah pasar raya di Selayang pada 4 Jun lalu.

Sebelum itu tular satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian tersebut di Facebook. Difahamkan, ekoran kejadian itu, mangsa mengalami trauma. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI