PETALING JAYA – Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak ketika ini dilaporkan sesak di beberapa lokasi menuju ke ibu negara ekoran pertambahan kenderaan sejak tengah hari tadi.
Semakan Kosmo! di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik perlahan arah barat menuju ibu kota.
“Sesak 13.9 kilomter (km) dari KM 62.0 hingga KM 48.1 dari Bentong ke Bukit Tinggi Arah Barat
“Sementara itu, arah timur menghala Kuantan juga sesak sepanjang 6.7km dari KM 53.6 hingga KM 60.3 dari Lentang ke Bentong,” lapor LLM.
Dalam pada itu, kebanyakan sekolah akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran esok selepas bercuti selama empat hari sejak Sabtu lalu sempena cuti Aidiladha. – KOSMO! ONLINE