fbpx

Keracunan telur mata: 15 keterangan termasuk pengusaha katering diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Keterangan 15 individu termasuk pengusaha katering sudah diambil bagi membantu siasatan berhubung kes keracunan makanan hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 19 bulan dan remaja lelaki, 17, pada 10 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, dua individu yang baru dipanggil dirakam keterangan adalah pengusaha katering dan ahli jawatankuasa (AJK) makanan.

“Sudah 15 orang dirakam percakapan. Tindakan hari ini untuk rakam percakapan mangsa keracunan yang lain.

“Dua yang baru dipanggil beri keterangan adalah pengusaha dan AJK makanan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan bayi 19 bulan dan lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas mengalami cirit-birit akibat makan bihun dan telur yang dibawa pulang dari sebuah program sekolah di daerah berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, seramai 105 mangsa telah menerima rawatan selepas mengalami gejala keracunan setakat 15 Jun.

Pihaknya mengesan bakteria Salmonella dalam sampel najis yang diambil berkaitan kes berkenaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI