fbpx

Ibu Aliff Aziz maafkan netizen, macam lembu dicucuk hidung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU kepada Aliff Aziz dedah terima beratus-ratus DM berbaur kebencian.

PETALING JAYA – Selepas muncul kembali dalam media sosial, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza mendedahkan menerima banyak mesej langsung (DM) yang berbaur kebencian.

Bagaimanapun, Siti Hafiza Basharahil atau mesra disapa Fiza enggan menghiraukan perkara tersebut, selain memaafkan mereka yang mencaci makinya sekeluarga.

“Masya-Allah tabarakallah, setiap hari saya terima beratus-ratus DM kebencian daripada ‘cybertroopers‘ tegar.

Alhamdulillah, saya tidak baca hanya menyekat mereka dan padam. Kasihan kerana mereka bersungguh-sungguh menulis maki hamun.

“Mereka pasti penatkan tetapi tidak mengapa saya maafkan sebab mereka tidak tahu mereka seperti seekor lembu yang dicucuk hidung,” katanya menerusi Instagram.

Perkara tersebut didedahkan selepas seorang invididu memberikan sokongan kepada ibu pelantun lagu Sayang Sayang itu yang diherdik netizen susulan perceraian anaknya dengan Bella Astillah pada 13 Jun lalu.

Disebabkan itu, Fiza masih bersyukur masih ada insan yang menjaga adab dalam media sosial ketika kebanyakan melayangkan kebencian terhadap keluarganya.

Allah ilhamkan untuk terbaca DM ‘sister‘ (wanita) ini, Allahuakhbar ramai lagi insan hebat yang mempunyai akal waras untuk berfikir dan menjaga adab. Alhamdulillah,” ujarnya.

Sebelum ini, akaun Instagram Fiza tiba-tiba ‘lenyap’ apabila kontroversi terbaharu anak lelaki harapannya itu dengan seorang wanita asal Singapura dikenali sebagai Sarah Yasmine hangat diperkatakan.

Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff sampai ke kemuncaknya selepas lelaki itu ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Pada 11 Mac lalu, Bella memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Aliff secara ‘fast track‘ atas antaranya alasan sudah tiada lagi persefahaman dan mawaddah (cinta dan kasih sayang).

Pada 13 Jun lalu, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI