fbpx

Gadis jumpa ‘arwah ibu’ ketika umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan gadis itu sedang makan bersama seorang wanita di Mekah. - TikTok @dimicindy

JAKARTA  –  Seorang gadis dari Indonesia mendakwa bahawa dia menemui ibunya yang telah meninggal dunia ketika melaksanakan ibadah umrah di kota suci Mekah, lapor akhbar Suara.com semalam.

Menerusi perkongsian di platform TikTok oleh akaun @dimicindy, gadis itu dilihat sedang makan bersama seorang wanita. 

Kedua-duanya makan sambil berbual seolah-olah mereka kenal rapat antara satu sama lain. 

Namun,  siapa sangka, raut wajah wanita berkenaan dikatakan mirip dengan ibunya yang sudah meninggal dunia.

“Percaya tak? Kita boleh berjumpa dengan orang yang sudah meninggal dunia ketika menunaikan umrah,” kata gadis itu. 

Gadis itu turut memuat naik gambar ibunya sebagai perbandingan. 

“Aku percaya kerana banyak di kampungku yang seperti ini,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Hampir naik bulu roma kerana betul betul mirip,” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI