fbpx

Daun betik untuk lembutkan daging korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gosok dau balut daging korban menggunakan daun betik (gambar kecil), kemudian biarkan beberapa jam untuk jadikan tekstur daging lebih empuk sebelum dimasak.

PETALING JAYA – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha semalam, ramai yang menerima sumbangan daging korban dan pastinya menu berasaskan daging akan menjadi hidangan pembuka selera untuk beberapa hari ini.

Oleh itu, Public Health Malaysia (PHM) berkongsi petua untuk melembutkan daging dengan menggunakan daun betik.

Katanya, daun betik mengandungi enzim papain yang berfungsi sebagai pemecah protein kompleks dalam daging menjadi fragmen-fragmen kepada lebih kecil.

Perkongsian PHM tentang petua lembutkan daging di Facebook.

“Papain juga membantu agar daging lebih cepat empuk ketika dimasak.

“Jadi, cara penggunaannya adalah dengan menghancurkan daun betik dan gosok pada keseluruhan permukaan daging.

“Kemudian, bungkus daging menggunakan daun betik dan membiarkan selama beberapa jam untuk mendapatkan tekstur daging yang lebih empuk dan sedap,” katanya.

Selain itu, antara kebaikan kandungan enzim papain, ia digunakan secara meluas dalam perubatan bagi mengurangkan bengkak (papase).

“Papain juga boleh digunakan untuk membuang sel kulit mati dan menjadikan wajah lebih licin,” kata PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI