PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik tanpa hujan di seluruh negara pagi ini.
Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan tempat seluruh negara kecuali Melaka.
“Hujan lebat berserta ribut petir dijangka tertumpu di beberapa tempat melibatkan Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Ribut petir turut dijangka melanda kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Perak,” katanya.
Seterusnya, di Sabah pula, ribut petir diramalkan tertumpu di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat diikuti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.
Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam, amaran ribut petir turut dikeluarkan di Pahang dan kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Perak.
“Selain itu, cuaca buruk sama turut dijangka di Malaysia timur melibatkan Sandakan, Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Kudat di Sabah.
“Di Sarawak pula melibatkan Sibu, Mukah, Kapit, Miri dan Limbang pada sebelah malam ini,” kata MetMalaysia.- KOSMO! ONLINE