fbpx

Buta selepas kayu tertusuk mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesakit hilang penglihatan disebabkan kayu sampai ke bahagian bawah otaknya. – WION NEWS

NEW DELHI – Seorang lelaki di bandar Visakhapatnam, India selamat menjalani pembedahan selepas sebatang kayu sepanjang 30.4 sentimeter tersusuk ke dalam matanya, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Insiden itu berlaku pada  4 Jun lalu apabila  Meesala Nageswara Rao, 39, terjatuh dari tingkat satu kediamannya. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital King George (KGH).

Beberapa doktor menilai keadaan Meesala sebelum memutuskan bahawa dia perlu menjalani pembedahan segera untuk mengeluarkan kayu tersebut.

“Sebatang kayu sepanjang 30.4 sentimeter menusuk mata kanan pesakit dan sampai ke bahagian bawah otaknya.

“Akibat daripada kejadian itu, dia hilang  penglihatan.

“Pesakit telah diberikan antibiotik dan penjagaan unit rawatan rapi (ICU). Kadar pemulihannya adalah 100 peratus,” kata Ketua Penguasa KGH, Dr. Sivanand. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI