fbpx

‘Bila orang bagi upah sembelih, ayah suruh masukkan dalam tabung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang tukang sembelih berpengalaman selama berpuluh tahun sanggup menolak upah hasil kerjanya demi menjaga kesucian niat sepanjang melakukan pekerjaan murni tersebut.

Menerusi ciapan @MusytaqAshari di laman X, dia berkongsi tentang kisah arwah bapanya yang tidak pernah mengambil upah sepanjang berpuluh tahun menjadi seorang tukang sembelih haiwan korban.

“Arwah ayah dah jadi tukang sembelih puluhan tahun dan tidak pernah mengambil upah langsung, bahkan bila orang bagi, dia kata masukkan dalam tabung. Bayangkan satu masjid pernah ayah sembelih 14 ekor dalam sehari.

“Upah sembelih lembu seekor RM50, kalau 14 ekor dah dapat RM700, boleh buat duit belanja, tapi ayah, dia tak nak kerana nak jaga niat sahaja,” tulisnya di ciapan tersebut.

Lelaki tersebut turut mempersoalkan tindakan bapanya itu yang tidak mahu upah atas hasil kerjanya namun jawapannya senang sahaja, iaitu kerana mahu menjaga kesucian niat bekerja kerana Allah dan bukan duit semata-mata.

“Ayah tak nak niat asal ayah sembelih kerana Allah, rosak sebab duit. Takut tahun depan ayah sembelih niat nak duit pula,” kata bapanya.

Keikhlasan tukang sembelih tersebut menjalankan ibadah kurban membuka mata orang ramai tentang pentingnya menjaga niat yang tulus dalam setiap amalan tanpa mengharapkan balasan.

“Alhamdulillah arwah direzekikan bersifat sedemikian. Kalau dah niat untuk Allah pastilah tiada berkehendak pada wang. Ganjaran akhirat lebih besar daripada segalanya,” komen @azim_lee.

“Soal hati ini memang sukar untuk dijaga kerana sifat hati itu berbolak-balik. Apa yang dilakukan oleh arwah ayah abang tu adalah satu kaedah yang baik untuk lawan sifat hati itu, itulah pengorbanan yang dilakukan oleh arwah,” kata @AdiHakim95, yang turut terinspirasi.

“Selalu macam ni orang sekeliling akan sentiasa mendoakan arwah dan selalu ingat kebaikan arwah. Kekayaan inilah yang dicari, semoga kubur arwah seluas-luasnya dan dimasukkan dalam kalangan para solihin,” ujar @ieya_tempe. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI