fbpx

Anwar sampai hasrat sertai BRICS kepada PM Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (gambar) menghadiri kenduri korban di rumah rakan baiknya di Kampung Mengkuang Semarak, Bukit Mertajam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) telah disampaikan kepada Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah diangkat kepada Kementerian Luar untuk menjalankan kajian sejak dua bulan lalu.

“Keputusan kita dari sudut dasar untuk menyertai Bricks dan kita akan melalui proses untuk memungkinkan kita menyertainya.

“Malah, saya sendiri sudah bercakap dengan Presiden Brazil tentang hasrat tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Mengkuang Semarak di sini, hari ini.

Terdahulu, memetik laporan media tempatan menerusi wawancara Anwar bersama pengasas media China Guancha, Li Shimo, beliau berkata, Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai BRICS tidak lama lagi.

Anwar berkata, sebelum ini beliau mengadakan perbincangan mengenai pengembangan BRICS dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Menurutnya, Malaysia ‘lega’ dunia tidak lagi unipolar (sistem tadbir urus global dikuasai sebuah negara berkuasa penuh tanpa boleh dicabar) dan kebangkitan BRICS dan China khususnya telah menawarkan harapan terdapat semak dan imbang di dunia.

Kumpulan itu dibentuk untuk menyatukan negara-negara membangun yang paling penting di dunia, bagi mencabar kuasa politik dan ekonomi negara-negara kaya di Amerika Utara dan Eropah Barat.

BRICS kini menyumbang satu perempat daripada ekonomi global, merangkumi satu perlima daripada perdagangan global, dengan populasi sekitar 40 peratus penduduk dunia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI