AKTOR senior Anil Kapoor yang kini tampil dalam filem baharu, Big Boss OTT3 beranggapan naskhah yang menggabungkan ramai pelakon hebat itu cukup istimewa.
Katanya, dalam kehidupan sebenarnya, ‘big bos’ buat dirinya selama ini adalah isterinya, Sunita.
Menurut Anil, wanita istimewa itu merupakan individu yang mampu melakukan semua perkara yang tidak terjangkau akalnya.
Permaisuri hatinya umpamanya mempunyai kuasa dengan merealisasikan banyak tugasan sekelip mata.
Bahkan sepanjang 40 tahun perkahwinan mereka, Sunita sememangnya merupakan ‘kepala’ atau nadi kepada setiap perancangan dalam keluarga mereka. – KOSMO! ONLINE