fbpx

Agong kurnia 10 ekor lembu untuk kakitangan asnaf Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 10 ekor lembu untuk dikorbankan bagi diagihkan kepada kakitangan asnaf Istana Negara. - Foto Instagram OFFICIAL SULTAN IBRAHIM

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 10 ekor lembu untuk dikorbankan.

Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram Official Sultan Ibrahim memaklumkan, kurniaan haiwan ternakan untuk ibadah korban itu akan diagihkan kepada semua kakitangan asnaf Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat wakil korban bagi sembelihan 10 ekor lembu yang dikurniakan di Istana Negara hari ini.

“Pelaksanaan penyembelihan akan diadakan pada esok, manakala majlis agihan daging korban berlangsung Khamis ini di Istana Negara,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI