fbpx

Wanita lahirkan anak semasa wukuf di Padang Arafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita melahirkan bayi lelaki di Padang Arafah, Mekah, Sabtu lalu. - Foto Tangkap Layar/The Siasat Daily

MEKAH – Seorang wanita Pakistan melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat di Padang Arafah semasa kemuncak ibadah haji Sabtu lalu, lapor sebuah laman berita.

Bayi baru lahir itu memiliki berat 3.04 kilogram. Bayi berkenaan diberi nama Arafah sebagai penghormatan kepada lokasi di mana kemuncak ibadat haji berlaku.

Ketika kejadian, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu sedang hamil minggu ke-37. Dia melahirkan anaknya di tengah lautan jemaah haji yang berkumpul di padang tersebut.

“Kelahiran seorang anak adalah satu rahmat. Namun, menyaksikan kelahiran berlaku semasa ibadat haji sangat istimewa,” kata Dr. Amina Al Sheikh.

Beliau mengetuai pasukan perubatan yang menyambut kelahiran bayi itu.

Ibu dan bayi itu dilaporkan stabil dan berada dalam pemerhatian lanjut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI